skip to Main Content
Apa Itu Baja Natural?

Apa itu baja natural?

Baja Natural merupakan baja organik yang diperolehi daripada pelbagai sumber makanan yang ditebus guna yang mengandungi sayur-sayuran, makanan laut, buah-buahan dan kandungan mineral lain yang menggunakan teknologi berkelajuan tinggi fermentasi/pengkomposan yang terkini.

Baja Natural adalah mesra alam iaitu baja yang tidak mengandungi bahan kimia, yang mengandungi unsur mineral semulajadi yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati. Penggunaan baja kimia secara terus menerus tanpa di imbangi dengan menggunakan baja natural mengakibatkan terjadinya kerosakan tanah baik dari sifat fizik, kimia mahupun biologi tanah. Dengan menggunakan baja natural, kerosakan tanah dapat diperbaiki dan mengembalikan sifat kesuburannya disamping meningkatkan produktiviti pertanian.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search